KAJANG (Selangor): Tiada kata dapat menggambarkan kesedihan sepasang suami isteri selepas zuriat yang dinanti selama 10 tahun terkorban dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Kajang, Selangor, pada 27 September.
“Selama 10 tahun saya dan isteri cuba dapatkan zuriat sejak kami berkahwin pada 2013 dan akhirnya dikurniakan anak kembar lelaki yang lahir pada 20 Mei 2024.





