SEREMBAN (Negeri Sembilan): Polis telah mengambil keterangan sembilan individu setakat ini berhubung tragedi seorang murid lelaki maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan, pada 27 September.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata mereka yang dirakam keterangan termasuk pengadu kes, guru dan pelajar sekolah terbabit.





