TAIPEI: Pasukan penyelamat di Taiwan terus bergelut dengan lumpur tebal pada 26 September dalam usaha mencari 11 lagi mangsa yang masih hilang selepas Taufan Super Ragasa melanda kawasan pantai timur awal minggu ini.
Bencana itu menyebabkan air melimpah ke bandar kecil Guangfu di daerah Hualien, mengorbankan 14 orang setakat ini.





