JOHOR BAHRU: Tiga ahli sindiket pengedaran dadah termasuk pasangan kekasih diberkas dalam beberapa serbuan sekitar bandar raya Johor Bahru minggu lalu dengan rampasan dan sitaan RM3.54 juta ($1.08 juta).
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata pada mulanya, pihaknya memeriksa sebuah unit apartment di Taman Delima 2, Johor Bahru yang dijadikan tempat memproses, membungkus dan menyimpan dadah jenis ecstasy...





