Membawa watak pengamal ajaran sesat dalam drama terbaru, Ibu Aji, membuatkan hati pelakon prolifik, Ellie Suriaty, berdebar setiap kali perlu menuturkan dialog syirik yang boleh menggugat akidah.
Bimbang andai lafaz itu memberi kesan pada pegangan iman, Ellie, atau nama sebenarnya, Ellie Suriaty Omar, 55 tahun, mengakui dirinya tidak pernah lupa memanjatkan doa serta memohon keampunan setiap kali sebelum memasuki set...





