Sempena sambutan Maulid Nabi Muhammad saw, Masjid Kassim akan menganjurkan acara ‘Mahabbah Rasul Fiesta 2025’ pada 4 dan 5 Oktober 2025. Bertemakan ‘Santuni Emosi Cara Nabi’, program dua hari ini bertujuan memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah saw serta menghayati akhlak baginda dalam mendepani cabaran emosi dan kehidupan harian.
Pengerusi Masjid Kassim, Encik Mohamed Zain Mohamed, berkata acara ini mengajak umat Islam...





