KUALA LUMPUR: Seorang Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru melaporkan diri untuk bertugas pada minggu lalu, ditahan polis berkaitan kes dadah pada 23 September.
SPRM dalam satu kenyataan pada 24 September mengesahkan penahanan pegawai itu di rumahnya selepas dipercayai memiliki bahan terlarang berkenaan.





