Pasukan kepimpinan Melayu/Islam sedang meneroka pendekatan baru untuk menyepadukan dan mempertingkat rangkaian kerjasama dengan badan dan kumpulan masyarakat.
Langkah itu adalah usaha supaya ia dapat menggembleng sumber dan tenaga dalam menangani isu sosioekonomi dalam masyarakat dengan lebih baik, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.





