NEW YORK: Puluhan pemimpin dunia berhimpun di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 September bagi menyatakan sokongan kepada penubuhan Negara Palestin, satu anjakan diplomatik bersejarah hampir dua tahun selepas perang di Gaza meletus.
Namun, langkah itu berdepan tentangan sengit daripada Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat.





