Presiden Tharman Shanmugaratnam telah melantik dua Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Ang Cheng Hock dan Encik Hri Kumar Nair, sebagai Hakim Mahkamah Rayuan mulai 1 Oktober.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 19 September, seorang pesuruhjaya kehakiman baru, Cik Low Siew Ling, turut dilantik mulai tarikh yang sama untuk tempoh dua tahun.





