JOHOR BAHRU: Johor Sustainability Centre telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Saitama City, yang diiktiraf sebagai salah sebuah bandar termaju dalam pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di Jepun.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata melalui perjanjian itu, Johor–Saitama Learning Centre akan ditubuhkan sebagai platform perkongsian teknologi dan pengalaman dalam bidang...





