Seorang lelaki yang dikatakan anggota sindiket yang dikaitkan dengan pelbagai kes penipuan penyamaran pegawai pemerintah, dituduh menerima lebih $441,000 daripada suspek jenayah.
Pada 18 September, warga Malaysia, Lee Jian Cheng, 31 tahun, dituduh terlibat dalam satu konspirasi untuk membantu sebilangan individu tidak dikenali menyimpan hasil daripada perbuatan jenayah.





