Kerajaan Johor menegaskan tidak akan berkompromi terhadap kegiatan pemburuan haram yang mengancam kelestarian harimau belang (Panthera tigris jacksoni), susulan penahanan tiga lelaki bersama bangkai harimau dalam sebuah kereta di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor, pada pagi 16 September.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata operasi khas itu adalah hasil kerjasama Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit...





