KUALA LUMPUR: Mangsa banjir, kebakaran dan tanah runtuh di Sabah meningkat kepada lebih 2,500 mangsa, dengan enam daerah diisytiharkan kawasan bencana oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Laporan Situasi Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata banjir bertambah teruk, dengan keseluruhan mangsa pada 16 September meningkat kepada 2,452 orang daripada 652 keluarga yang ditempatkan di 18 Pusat Pemindahan Sementara...





