Sejajar dengan nama konsert mereka, Lovehunters Renaissance, band ‘otai’ Singapura, Lovehunters, bangkit semula dengan persembahan rok yang gah selepas lebih sedekad menyepi tanpa konsert di pentas besar.
Kali terakhir mereka muncul menghiburkan peminat sebagai sebuah kumpulan adalah pada 2011 sempena Tahun Baru dalam satu konsert meriah di Esplanade.





