Dalam dunia yang kian mengharungi perubahan, para belia digesa mengekalkan nilai murni demi menyumbang kepada masyarakat lebih luas.
Nilai-nilai seperti kewibawaan, belas ihsan, dan etika kerja yang baik, malahan, merupakan antara penentu sejauh mana kita mampu melangkah, jelas Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, pada majlis pembukaan Forum Politeknik 2025 di Politeknik Singapura (SP) pada 15 September.





