Dua hari menjelang detik bergelar ‘Raja Sehari’, penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 31 tahun, masih ligat memenuhi undangan kerja, termasuk menghadiri sebuah acara bersama jenama minuman, pada 12 September.
Kesibukan itu menarik perhatian peminat yang kagum dengan komitmen Amira terhadap kerjaya walaupun majlis pernikahannya dengan aktor Fattah Amin, 34 tahun, semakin hampir.





