Dengan baki lebih setahun sebelum Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura mula beroperasi pada awal 2027, kerajaan negeri Johor disaran memperhebat persiapan bagi memastikan aliran trafik dan pergerakan penumpang di sekitar pusat bandar berjalan lancar.
Pakar perancangan bandar berpendapat tanpa langkah penyuraian trafik yang cekap, risiko kesesakan dijangka meningkat mendadak berikutan kedudukan stesen RTS di tengah kota raya...





