Bahasa dan sastera Asia Tenggara harus terus berkembang seiring dengan kemajuan dunia.
Ini boleh dicapai dengan mengangkat tema sastera ‘Global Selatan’ yang mampu menjunjung karya rantau ini agar melangkaui sempadan dan menempa nama di peringkat antarabangsa, kata Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.





