Rompakan berani atau ‘heist’ sentiasa menjadi genre yang menggamit minat dalam kalangan penggemar filem layar perak.
Peminat filem rompakan berani pasti tidak asing dengan siri naskhah popular dari Barat seperti Ocean’s – bermula dengan Ocean’s 11 (1960), diikuti dengan Ocean’s Eleven (2001), Ocean’s Twelve (2004), Ocean’s Thirteen (2007), serta Ocean’s Eight (2018), sebuah ‘spin-off’ atau karya turunan menampilkan deretan pelakon...





