KUALA LUMPUR: Polemik dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai akuan bersumpah (SD) untuk mendesak Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berundur dan menyerahkan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, terus mencetuskan drama dan percanggahan.
Menyusuli kekecohan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin melalui SD yang ditandatangani 120 ketua bahagian parti itu, ia dinafikan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)...





