Pelakon Malaysia, Cristina Suzanne, mencatat sejarah manis dalam kerjaya lakonan apabila berjaya merangkul piala Anugerah Pelakon Paling Popular Asia pada Festival Filem Asia Kemboja Ketiga di Phnom Penh, Kemboja, pada 6 September lalu.
Cristina, atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 40 tahun, berkata kemenangan itu hasil lakonannya sebagai watak Hayati dalam filem Babah.





