WASHINGTON/GAZA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pada 7 September mengeluarkan “amaran terakhir” kepada Hamas agar menerima cadangan perjanjian untuk membebaskan tebusan dari Gaza, ketika tentera Israel meningkatkan serangan ke atas bandar itu dengan mengebom menara kediaman.
Encik Trump dalam kenyataan di wadah Truth Social menegaskan Israel sudah menerima syarat yang ditawarkan.





