Setiap rakyat Singapura akan disokong di setiap peringkat kehidupan dan berpeluang mencapai potensi penuh serta mengecapi kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Pada masa yang sama, Tuan Presiden turut menekankan peri penting usaha memupuk rakyat yang terlibat dalam membina masa depan negara dan bersikap menjaga satu sama lain, termasuk melindungi golongan yang mudah terjejas.





