Sumbangan sejumlah $1 juta diikrarkan oleh Keppel Ltd. bagi tiga tahun mendatang, melalui cabang dermawan syarikat tersebut, Yayasan Keppel Care.
Ia adalah sebahagian daripada pembaharuan kerjasama dengan pertubuhan khidmat sosial Demensia Singapura (DSG), untuk memperkukuh program dan perkhidmatan penjagaan demensia di Singapura.





