Pempengaruh dan usahawan terkenal Malaysia, Encik Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming dan pelakon mualaf, Cik Ardini Angeline Tan, menjadi antara penerima anugerah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Kuala Lumpur, pada 5 September.
Encik Khairul Aming menerima Anugerah Maulidur Rasul kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya, manakala Cik Angeline atau nama Islamnya, Ardini pula kategori Saudara Baru...





