PORT DICKSON: Dua kanak-kanak lemas selepas terperangkap dalam kereta yang tenggelam di Sungai Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan, ketika mereka sedang tidur dalam kenderaan itu.
Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki dua beradik membabitkan kanak-kanak lelaki berusia enam dan perempuan berumur lapan tahun bersama bapa mereka dan seorang wanita dipercayai tiba-tiba menggelongsor ke dalam sungai ketika diletakkan di kawasan tebing.





