KABUL/MAZAR DARA (Afghanistan): Gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda tenggara Afghanistan pada 4 September, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Ia adalah gempa ketiga yang berlaku di kawasan yang sama sejak 31 Ogos, apabila salah satu gempa paling dahsyat dalam beberapa tahun di negara itu meragut lebih 2,200 nyawa.





