Menerusi satu projek pameran foto yang menampilkan kepingan gambar keluarga melingkari sebatang pokok, seorang pelajar bimbingan Encik Abdul Hadi Abdul Wahab akhirnya menemukan makna perdamaian dalam kehidupannya.
Caranya: Menjadikan kelas seni bimbingan Encik Abdul Hadi sebagai ruang selamat baginya untuk menghargai ibu bapanya, selain kekuatan untuk kembali menyayangi dirinya sendiri.





