Sejak memegang jawatan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim giat turun padang – bertemu masyarakat Melayu/Islam dalam kelompok kecil mahupun besar, dari pelbagai latar belakang.
Usaha ini bukan sekadar sesi pertemuan, malah mencerminkan sikap rendah hati seorang pemimpin yang mahu mendengar suara masyarakat secara langsung.





