PASIR GUDANG (Johor): Perbuatan memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik tidak boleh dibiarkan, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata mengibarkan bendera dengan cara yang salah seolah-olah memperlekehkan simbol negeri dan negara serta perbuatan itu amat mendukacitakan.





