KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia mengenal pasti satu laman sesawang menggunakan nama KEY MALAYSIA untuk permohonan eVisa bagi warga asing yang dikenakan syarat kemasukan visa ke Malaysia dengan kadar bayaran tiga kali ganda berbanding jumlah sebenar.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban, berkata perkara itu terbongkar selepas seorang wanita warga Bangladesh berusia 32 tahun ditahan dan memiliki pas lawatan...





