Polis sedang memohon maklumat orang ramai berhubung keberadaan seorang budak lelaki berumur 11 tahun, Muhammad Hairil Muhammad Effendi, yang kali terakhir dilihat di kawasan Blok 29 Marine Crescent sekitar 11.05 pagi pada 29 Ogos.
Menurut hantaran oleh laman Facebook Reunite Missing Children, budak itu merupakan seorang anak keperluan khas.





