Daerah Segamat di Johor sekali lagi digegarkan dengan dua kejadian gempa bumi lemah yang direkodkan berturut-turut pada 28 dan 29 Ogos, menjadikan ia kejadian keempat dan kelima selepas insiden pertama pada 24 Ogos lalu.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pertama berlaku pada 7.56 malam, 28 Ogos, dengan magnitud 2.5 pada kedalaman 10 kilometer (km). Pusat gempa terletak 13km di...





