JOHOR BAHRU: Penyertaan hampir 10 negara termasuk Indonesia, Singapura, China, Amerika Syarikat, Italy, Jerman, Canada dan Kemboja disahkan bagi Johor Business Summit and Expo 2025 yang dijadualkan pada 25-26 Oktober dan dijangka menarik kehadiran 20,000 pengunjung.
Majlis Pra Pelancaran acara itu berlangsung pada 27 Ogos di Menara IIB, Iskandar Puteri, dan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan...





