Kepimpinan Melayu/Islam akan sedaya upaya menyokong masyarakat menggapai aspirasi, mewujudkan ekosistem kerjasama dan mempertingkat usaha mendengar keprihatinan masyarakat, termasuk mencari cara baru berbuat demikian, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Dr Faishal berkata beliau berharap dapat membangunkan sebuah ekosistem di mana setiap individu boleh “menjadi versi terbaik diri mereka” dengan kerjasama kolektif...





