LONDON: Pemain remaja sensasi Liverpool, Rio Ngumoha, muncul sebagai wira apabila beliau menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Newcastle United 3-2 dalam aksi Liga Perdana England (EPL) di stadium St James’ Park pada 25 Ogos.
Ngumoha, 16 tahun, menjaringkan gol pada minit ke-100, menjadikan beliau penjaring termuda dalam sejarah Liverpool dan antara pemain termuda yang mencatat gol kemenangan...





