Singapura dan Malaysia mengesahkan hubungan dua hala yang lama antara kededua negara menyusuli tertubuhnya rangka kerja yang saling menyokong dan membantu sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan kapal selam.
Ini selepas Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, bertemu Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, dan turut memeriksa Kawalan Kehormat di Kementerian Pertahanan Malaysia pada 25 Ogos, kata Kementerian Pertahanan...





