Sebuah Pasukan Petugas Pembangunan Belia Melayu/Islam baru akan diwujudkan bagi memperkasakan belia Melayu/Islam serta memberi mereka peluang dan sokongan pada fasa berbeza dalam kehidupan mereka.
Pasukan itu akan diketuai Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam dan Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi, serta disokong oleh pelbagai agensi pemerintah dan kumpulan belia...





