Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menolak sebarang percubaan oleh mana-mana pihak di dalam negara, kuasa asing atau individu yang boleh menyebabkan ketidakharmonian atau memecahkan perpaduan di Singapura.
Menyatakan demikian menerusi catatan Facebooknya pada 22 Ogos, Pergas menegaskan perlunya untuk “kita terus kekal berwaspada dan berdaya tahan terhadap maklumat yang salah atau sebarang percubaan untuk bertelagah antara satu...





