Beberapa wakil agensi pelancongan Johor tampil meminta kerajaan Malaysia dan Singapura agar segera mencari penyelesaian berhubung sekatan permit masuk kenderaan pelancongan ke Singapura yang didakwa menjejas industri pelancongan negeri.
Wakil kumpulan tersebut, Encik Khairul Anuar, 37 tahun, berkata larangan kenderaan pelancongan Malaysia yang mempunyai lesen ‘Hire and Drive’ untuk memohon Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam Asean (PSVP) dan Permit Kemasukan Kenderaan...





