Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, yang pernah mencuri tumpuan dunia berikutan tragedi lubang benam yang mengorbankan seorang wanita warga India pada 23 Ogos 2024, sedang menjalani proses naik taraf secara bertahap bagi meningkatkan kebersihan, keindahan dan daya tarikan kawasan itu.
Tinjauan Berita Harian (BH) ke Jalan Masjid India mendapati projek naik taraf medan selera dan kiosk bunga sedang dijalankan...





