KUALA LUMPUR: Malaysia disaran mencontohi langkah Singapura yang mengklasifikasikan penyalahgunaan vape atau rokok elektronik sebagai kesalahan berkaitan dadah dengan hukuman lebih berat, termasuk penjara bagi penjual, dalam usaha membendung penggunaannya yang semakin berleluasa terutama dalam kalangan remaja.
Pegawai pendidikan kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Encik NV Subbarow, berkata kebanyakan vape di Malaysia mengandungi bahan bahaya dan ketagihan termasuk etomidate...





