Parti Pekerja (WP) menggesa pemerintah agar melibatkan rakyat secara meluas dan meneroka semua cadangan dasar dengan niat baik, termasuk saranan yang belum diterokai sebelum ini.
Dalam respons susulan Rapat Hari Kebangsaan 2025, parti pembangkang itu berkata dalam usaha bersama untuk membina sebuah negara yang benar-benar berdaya tahan untuk masa depan, Singapura harus berusaha meneroka apa jua saranan.





