Tiga warga asing yang bertugas sebagai pekerja platform atau pengiriman secara haram di Singapura ditangkap dan kini di bawah siasatan pihak berkuasa.
Mereka diberkas dalam satu operasi penguatkuasaan pekerja platform haram di seluruh negara yang dijalankan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), dengan seramai 375 pekerja diperiksa.





