MELAKA: Empat ahli sindiket digelar ‘Susu Kangkang’ yang aktif mencuri susu formula menggunakan taktik mengepitnya di celah kelangkang akhirnya tumpas selepas diberkas dalam serbuan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 10 Ogos.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Christopher Patit, berkata geng tersebut dipercayai telah aktif sejak 2011 dan telah memecah masuk 12 premis dalam tempoh seminggu...





