BAITULMAKDIS: Tindakan Israel meluluskan pelan pembinaan lebih 3,000 unit petempatan haram di Tebing Barat yang diduduki mencetuskan kecaman hebat masyarakat antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turkey, Sepanyol, Jordan, Qatar, Britain dan Kesatuan Eropah (EU).
Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, pada 14 Ogos menegaskan bantahan keras terhadap rancangan itu yang disifatkan bakal memecah Tebing Barat kepada dua bahagian terpisah,...





