KUALA LUMPUR: Jumlah projek perumahan ‘sakit’ di Malaysia terus meningkat kepada 360 projek membabitkan 59,436 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar keseluruhan (GDV) mencecah RM59.31 bilion ($18.10 bilion) setakat 30 Jun 2025.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata data terkini menunjukkan peningkatan 3.15 peratus berbanding Mei 2025 yang mencatat 349 projek ‘sakit’.





