Lengan dan kamera robot berkelajuan tinggi, keupayaan pengeluaran maya dan pengacara ‘avatar’ bernama Mindy.
Ini merupakan antara teknologi media canggih yang digunakan So Drama! Entertainment (SDE), yang berpeluang disaksikan Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, semasa lawatan mereka ke syarikat media dan hiburan itu pada 12 Ogos.





