Demi meraih pendapatan untuk menanggung perbelanjaan keperluan sendiri, penuntut Politeknik Republic (RP) dalam jurusan Pengurusan Hospitaliti dan Hotel, Encik Muqlish Suhaime, 21 tahun, sanggup bersengkang mata hampir setiap hari.
Bersekolah di sebelah pagi dan bekerja di sebelah petang hingga tengah malam, pencari nafkah utama dalam keluarganya itu hanya dapat tidur selama sekitar tiga jam sebelum terpaksa bangun pagi untuk bersiap...





